Applesunsets
DIPLOMA HOLDER FINALLY !
Tuesday 9 January 2018 • 0 comments

Assalamualaikum reader yang entah ada entah tak ada tu kahkahkah. Dahsyat la lama gila tak update blog ni. Blog ni dah jadi sesendu tuan dia yang sudah mencapai umur 22. Alhamdulillah. Banyak benda dah berlaku so I want to update here. 

Aku berjaya menghabiskan intern kat salah sebuah hospital besar Ipoh. OMG, banyak pahit manis aku dah harungi dan tempuhi sepanjang internship. 1tahun jugaklah. Result kedua-dua sem memang cemerlang. Aku tak sangka. Staf-staf hospital pun baik tapi aku ada anti gila dengan sorang ni perangai cam hape je marah aku panggil dia 'akak'. Dia marah aku depan-depan orang hish kuajo gila. Then, aku cakap je sorry sebab aku ni bukan ego. KAHKAH. 

Aku pergi je kafe and I started crying. Aku tak sangka aku akan menangis dengan teruk. Yelah dah kena marah depan orang, kau ghase? Even dah lama pun berlalu, aku still akan ingat. I remembered setiap moment-moment penting okay. Time tu aku buat yellow card. Hm, tak best langsung. Aku nak duduk kat express counter. Why Miss Hu why u put me here with dis woman yang aku tak boleh tolerate pun. Aku jenis tak melawan when working. Follow the flow je lah. Orang suruh buat ini, aku buat. Buat itu, aku buat je tanpa bantahan dan betahan.

Finally, dengan bangganya aku dapat menghabiskan internship yang super seksa nokharom itu selama 1 tahun lamanya. Banyak benda aku belajar weh kat hospital and klinik kesihatan. Banyak orang yang aku kenal. Ada friendly, over-friendly, penyegan nak mati, ngelat, sombong nak mati, baik, dan macam-macam lagi. Not to forget, yang gatal. Hm, sabar aja.
                         
Aku habis 3rd of June. Final lepas raya hm. Menangis tak berlagu. Lepas final, semua sedih-sedih. Girlfriends pergi seoul garden, aku ikut je sebab SG memang my fav. Lepak rumah kawan aku kat Ipoh jugak. Ya Allah, rasa nak putar balik masa. Rindunya kenangan lama. Kenangan yang memang tak boleh lupa. Start masuk sem 1 pakai tudung awning keras, sangat-sangat makcik weh. Memang aku tak reti nak berfesyen. Sekarang, aku lebih suka shawl. Okay la kot.
                          
Masa Sem 5, aku kena friendzone. Hahahaha berani gila dengan confession aku kat dia. Sekarang, dia dah jadi boyfriend bestfriend aku sendiri. Aku redha. Sebab hati takleh dipaksa. Aku sayang dua ekor tu sampai mati even aku dah kena friendzone pun. Diorang baik gila weh. Always support aku. Tak ada dah kawan sebaik diorang. I hope our friendship lasts forever okay. Sayang kome dua. Tak kahwin, siap! Aku bazooka sorang-sorang hahahaha.

That's it.
             




3rd Year in Med School !
Friday 26 August 2016 • 0 comments


Hai uolls !

Lama betul ya tak bercerita dalam blog ni. Guess what, now I am in the third year of med school RCMP. Rasa sekejap sangat belajarnya. Aku rasa tak puas lagi nak menimba pengalaman dan ilmu serta menjalinkan hubungan persahabatan. So far, aku sayang diorang rasa sayang sangat sebab kitorang ni dah tahun terakhir belajar di sini.

This upcoming Sept, I will lapor diri sebagai intern at salah sebuah hospital di Malaysia. Lokasi dirahsiakan. Takut lak kau gi jejak aku sampai tempat praktikal aku. Aku tahu nanti, siap aku cocok tangan kau pakai picagari berisi racun! Lewls, apa yang I merepek ni.

Anyways, aku bukan budak dekan. Dan aku takut sangat aku tak boleh sambung degree in course yang aku nak. Well, I dont know la rasanya sem 4 aku dah berusaha. Study sebulan awal. But, at the end result cam taik. Aku redha and lagi sekali aku kecewakan parents aku. Boleh pulak aku tak bercakap seminggu dengan ayah aku disebabkan result tu. BULAN PUASA lak tu!

Dengan masalah rumah sewa apatah lagi. Aku nak senaraikan masalah tu terlalu banyak nak mati. Tak terdaya hendak ku senaraikan. Banyak sangatt. I will remember it even though it really hurts me deep in my liver pancreas stomach and so on.

Sampai sini je la ku dapat ceritakan kepada reader yang ade tah tak ade tu. Ada aku kisah? ~rolling my eyes~ Until then, pls wish me goodluck because I nak practical dah ni. My name is tretttt, and I am an intern. Alangkah bagusnya kalau I jadi Song Ji-hyo dalam Emergency Couple. Genius sangat dia, semua tahu. Padahal skrip semata-mata. Choi!

Bai gais and girls!



Sekarang.
Wednesday 22 October 2014 • 0 comments

 
 
 
Hai uolls . Erm, I dont have any feel of being an eighteen year old girl . I feel like I have grown up! Tadi cakap takde feel , ni tetiba ada feel pulak . Cakap tohpape . In a word, merapu!
 
Aku tak heran ada orang ke takde orang ke nak wish birthday ke apa. I'm not that kind of human that must receive any wishes . Gedik gila kalau berkira . Macam bimbo kan..Hahaha . Btw, mak aku hari tu belanja Old Town mamak? haha . Kau gila? Old Town White Coffee trololol. Itu pun dah cukup la family ada di samping aku sambut birthday . 
 
Kalau dah cecah 18 ni , dah kena dikahwinkan dah ni . Hahahaha . nonsense semata-mata. Nope, orang dulu je kahwin awal . Kalau aku dah umur 18 ni, eloklah ai tengok wayang yang 18+ . Kahkahkah lagi merepek yakpussalam! 
 
Bila lah nak habis belajar ni ! 
Nak kumpul duit pergi travel ke , bagi hadiah kat parents ke .. Yang penting, aku nak sangat jejakkan kaki aku kat Tanah Suci Makkah . Jeles kot tengok orang yang dah pernah pergi sana. Untungnyalahaiii.
 
Kehidupan masuk universiti ni, serotonin terlebih memanjang kot ! Serotonin ni kau boleh rujuk buku Physio ya kalau nak tahu . Ataupun search google ya anak-anak. Aku dah tidur banyak jam kot tapi esok paginya its just the same .. Overload serotonin !
 
Kelas aku ada 65 orang. Ha, ramai tak? Macam ramai kan. Sesak kot . Lega sungguh sebab ada la 12 orang kumbang je kat dalam kelas tu. Bunga-bunga nya banyak yang vogue and cantik2 belaka katako . Aku ni universal tau. Aku boleh berkawan dengan semua orang . Orang kabo orang yang berdarah B ni let it go je. Mulut lepas la boleh citer . Aku memang mulut main lepas je.
Jaga mulut saya please :)
 
Setakat ni belajar okelah jugak . 7 subjek kena skor untuk semester ni . Ai ni baru je semester 1 yuols. Baru setahun jagung di dunia unibersiti. Yang menaikkan semangat nak teruskan pengajian kat sini ialah semua bayaran and elaun sara hidup semua under MARA . Gila la kau kalau taknak. Untung beb. Dapat elaun komputer lagi, elaun bukan per semester . Tapi, per BULAN ! Untung di situ, syukur alhamdulillah !
 
Hish, lapo pulak memalam buta gini. Dahla mak masak ayam goreng, sambal sotong, talapia asam rebus malam tadi sebab nak bawak ke adik punya pasal pagi nanti. Adik request memacam eh. Tak aci betul .
*sambil hentak kaki*
 
Erm, nak konklusikan atau nak membuat summary untuk tahun ini. Tahun ini tahun musibah sefamili. Dah berapa orang yang terdekat gila dengan aku dah pergi dari dunia fana dan dah menemui Ilahi. We, Aki, sedaramara yang lain.Tahun ni sedih gila kot. 

Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup seperti biasa. Jangan pulak kau nak meraung-raung merintih-rintih.
Al-Fatihah buat mereka .Semoga Allah mengurniakan syurga buat kita semua. A

Amin.




You are welcomed to be here :) Do follow me as a token of your appreciation! Bad words are definitely not allowed here. Do comment about my post :)

Posts Author Friends Bloggers




Template By: Nur
Big helped: Amalin
Owner: Afifah